fbpx

Peluang pekerjaan tinggi dengan TVET

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid bercakap pada sidang akhbar selepas melakukan sesi walkabout ke Program Eksplorasi TVET sempena Perhimpunan Agung UMNO 2024 di Pusat Dagangan Dunia di sini, hari ini. Foto oleh FARIZ RUSADIO/KOSMO!

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, Pendidikan, Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dijadikan agenda merentasi kaum dengan satu ekosistem pendidikan baharu yang menggunakan tenaga dalam negara ini.

Presiden UMNO itu menjelaskan, peluang perkerjaan sememangnya banyak tetapi industri memerlukan yang berkemahiran maka TVET adalah jawapannya untuk menyediakan kursus-kursus berkaitan dengan industri.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa TVET Negara berkata, institusi tersebut telah mengadakan kursus dan terpulang pada industri untuk mengambil pekerja-pekerja kemahiran itu berdasarkan perubahan bidang yang diperlukan oleh industri tersebut dan kursus yang ditawarkan agar mereka terus masuk ke pasaran.

“Apa yang dilakukan ini adalah kolaborasi dan kerjasama antara industri dan institusi TVET. Kita dapati bahawa peningkatan pekerjaan di sekitar 97.4 peratus, meningkat daripada 94.5 peratus pada tahun lepas dan TVET di bawah MARA pula telah meningkat 98.4 peratus pada masa ini.

“MARA telah kordinasi dan kolaborasi sejak tahun lalu dan yang penting ialah pekerjaan kerana walaupun mereka gagal dan tidak mempunyai keputusan yang baik dalam akademik maka TVET adalah alternatif untuk mengantikan kepompong akademik yang tidak cemerlang bagi pelajar-pelajar ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan Ekplorasi TVET di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2024. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI