fbpx

Pasar malam Lorong TAR ditutup hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Pasar Malam Lorong Tuanku Abdul Rahman (TAR) akan ditutup susulan kejadian tanah jerlus di Jalan Masjid India pada pagi semalam.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam kenyataan berkata, penutupan itu juga adalah bagi memberi laluan kepada usaha mencari mangsa yang masih belum dijumpai serta mengambil kira faktor keselamatan peniaga pasar malam.

“Dimaklumkan juga Program Santai Seni @ TAR yang diadakan pada Ahad minggu kedua dan keempat serta dijadualkan pada esok adalah ditunda,” katanya hari ini.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan seorang wanita warga India terjerlus ekoran tanah mendap dengan kedalaman lebih kurang 10 meter di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur pagi semalam.

Kawasan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa jerlus diperluas pada hari ini dan dijangka enam lurang kumbahan akan dibuka oleh pasukan penyelamat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI