fbpx

Orang ramai dinasihatkan peka dengan perubahan cuaca

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nor Hisham di Majlis Pelancaran Kelab Bomba Cilik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

KUALA LUMPUR – Orang ramai dinasihatkan supaya lebih peka dengan keadaan cuaca semasa beriadah di kawasan berair seperti sungai dan pantai.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Datuk Ts. Nor Hisham Mohammad berkata, orang ramai digalakkan untuk mendapatkan maklumat awal daripada Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) sebelum pergi ke kawasan yang hendak dikunjungi.

“Kita dapati ketika ini kecenderungan untuk bercuti pergi ke badan-badan air adalah tinggi. Jadi dinasihatkan supaya orang ramai peka kepada perubahan cuaca yang dikeluarkan oleh MetMalaysia.

“Ketika berada di lokasi, peka dengan amaran dikeluarkan MetMalaysia. Perhatikan cuaca, sekiranya cuaca mendung, keluar dari badan air yang mengalir supaya tidak terperangkap dalam kenaikan paras air yang mengejut,” katanya ketika sidang akhbar Majlis Pelancaran Kelab Bomba Cilik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di sini hari ini.

Terdahulu, seramai 19 individu terperangkap akibat kejadian kepala air di pusat peranginan Risda Eco Park Resort di Kampung Ulu Slim, Tanjung Malim, Perak susulan hujan lebat berterusan di daerah itu sejak petang semalam.

Kejadian itu turut menyebabkan jambatan yang menghubungkan Risda Eco Park dengan jalan utama runtuh dan pasukan penyelamat tidak dapat memasuki kawasan berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI