fbpx

Menteri Luar Brazil ke Malaysia, perkukuh kerjasama dua negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mauro Vieira

PUTRAJAYA – Menteri Luar Negeri Brazil, Mauro Vieira mengadakan lawatan rasmi dua hari ke Malaysia bermula hari ini dalam usaha mengukuhkan kerjasama antara dua negara.

Kementerian Luar dalam kenyataan memaklumkan, ini merupakan lawatan pertama beliau ke Malaysia sejak menyandang jawatan sebagai Menteri Luar pada 1 Januari tahun lalu.

Dalam rangka lawatan ini, beliau dijadualkan mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas pertemuan dua hala dengan Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan.

“Kedua-dua Menteri Luar Negeri dijangka membincangkan kerjasama sedia ada antara kedua-dua buah negara, termasuk perdagangan dan pelaburan, industri halal dan hubungan antara rakyat.

“Kedua-dua pihak juga akan bertukar-tukar pendapat mengenai perkembangan serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama,” katanya hari ini

Brazil merupakan rakan dagangan kedua terbesar Malaysia di rantau Amerika Latin.

Pada tahun lalu, Malaysia dengan Brazil mencatatkan jumlah dagangan sebanyak RM17.46 bilion, iaitu peningkatan sebanyak 4 peratus berbanding RM16.86 bilion yang dicatatkan pada tahun 2022. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI