fbpx

Malaysia perlu ada lebih banyak padang golf awam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SENIBONG Golf Club merupakan salah satu padang golf awam yang ada di Malaysia.

KUALA LUMPUR – Champions Golf sedia melakukan transformasi bagi menjadikan sukan golf di Malaysia lebih inklusif apabila mahu mengubah kelab-kelab golf persendirian kepada padang golf awam.

Usaha tersebut bertujuan bagi memastikan sukan tersebut boleh diakses semua lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang, termasuk orang kurang berkemampuan, warga emas, wanita serta generasi muda.

Bertempat di Iskandar Puteri, Johor, Senibong Golf Club yang sebelum ini dikenali sebagai Poresia Golf Club sudah diubah menjadi padang golf awam selain terdekat dengan Singapura.

Bermula Januari tahun ini, seluruh kelab dan padang golf itu dibuka kepada orang ramai, sekali gus mengubah imej yang sebelum ini dianggap eksklusif menjadi lebih terbuka dan mesra.

MURRAY

“Misi kami jelas, iaitu untuk mendemokrasikan sukan golf dengan menjadikannya boleh diakses oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang serta tahap kemahiran,” kata Pengarah Urusan Champions Golf, Matthew A. Murray.

Syarikat Champions Golf juga memiliki perancangan bagi membantu padang-padang golf di seluruh Malaysia untuk membuka kemudahan mereka kepada orang ramai dalam tempoh lima tahun akan datang.

Pada ketika ini, Champions Golf mengurus sepenuhnya Senibong Golf Club dan Permas Jaya Golf Club secara bersama.

Padang-padang gol awam seperti Senibong Golf Club menawarkan pelbagai kemudahan kepada orang ramai termasuk akses mudah tanpa keperluan handicap, waktu tee fleksibel serta harga yang berpatutan.

Sebagai rekod, Champions Golf memiliki prestasi cukup baik dalam melakukan transformasi terhadap kelab golf persendirian menjadi kemudahan awam seperti Whaleback Public Golf Course (Australia), Champions 9 Holes (Singapura) dan Permas Jaya Golf Club (Malaysia). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI