fbpx

Majlis perkahwinan musnah sekelip mata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan karpet merah yang dipasang dibanjiri dengan lumpur dan air banjir. - TikTok @1999_ira

JAKARTA  –  Satu klip video tular di media sosial di Indonesia memaparkan sebuah majlis perkahwinan terpaksa ditangguhkan disebabkan banjir akibat hujan lebat, lapor saluran berita Tribunnews semalam. 

Menerusi rakaman dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @1999_ira, dewan yang dihiasi bunga warna-warni itu dibanjiri air. 

Lebih menyedihkan, karpet yang dipasang juga dipenuhi lumpur basah. 

“Tidak dapat berkahwin, majlis perkahwinanku hancur sekelip mata,” demikian menurut keterangan video itu. 

Pengantin wanita dikenali sebagai Ira berkata, hujan lebat di kawasan itu menyebabkan air naik dengan pantas. 

Dia juga tidak menyangka perkara ini berlaku pada hari bahagianya. 

Video itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen netizen. 

“Sabar, mungkin ada hikmah disebalik dugaan tersebut,” kata seorang netizen. 

“Yang penting adalah anda sah sebagai suami isteri, jangan fikir yang lain,” kata seorang lagi netizen. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI