fbpx

Waspada! Kurangkan pergerakan sekitar Jalan Masjid India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rusdi ketika sidang akhbar di lokasi kejadian tengah malam tadi.

KUALA LUMPUR – Polis meminta orang awam agar mengurangkan pergerakan sekitar kawasan Masjid India sebagai langkah keselamatan.

Ia ekoran insiden tanah jerlus yang mengakibatkan seorang pelancong wanita warga India, Vijayaletchumi, 48, terjatuh sedalam lapan meter semalam, masih belum ditemui.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, kawasan terbabit disahkan berada dalam keadaan selamat namun beliau meminta orang ramai berbuat demikian supaya berwaspada.

“Orang ramai kalau boleh kurangkan pergerakan anda semua apabila datang ke Masjid India. Kita minta polis memperketatkan kawalan di sini.

“Walaupun selamat seperti disahkan bomba tetapi jangan ambil mudah dan ambil langkah berjaga-jaga serta kurangkan pergerakan anda di sini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas melakukan lagi tinjauan di lokasi kejadian lewat malam tadi.

Katanya, pasukan penyelamat menangguhkan pencarian mangsa kira-kira pukul 12.30 tengah malam dan akan disambung semula pukul 9 pagi ini.

“Kita akan masuk setiap lubang saluran kumbahan satu persatu yang mana jaraknya sejauh tujuh kilometer, yang berakhir di Pantai Dalam dan pencarian mungkin boleh ambil masa sehingga tujuh jam.

“Indah Water Konsortium (IWK) juga akan berada di tempat berkenaan dan bukan senang untuk masuk dalam itu kerana perlu melihat satu persatu.

“Ya, selain cabaran arus deras, ada juga gas dan air kumbahan yang bahaya kepada anggota skuba, jadi carian perlu dikendalikan dengan berhati-hati dalam saluran itu,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif IWK, Narendran Maniam berkata, pihaknya akan membantu pasukan penyelamat untuk membuka lurang (manhole) panel pembetungan sehingga ke paip pembetungan terowong yang menghala ke loji rawatan air kumbahan Pantai Dalam.

“Jarak paip kumbahan itu adalah lebih kurang tujuh kilometer dari lokasi kejadian ke IWK Pantai Dalam,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI