KUALA LUMPUR – Lebih 3,500 naskah Kosmo! dan Utusan Malaysia diedarkan bersempena Perhimpunan Agung UMNO(PAU) 2024 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini hari ini.
Dua akhbar terbitan Media Mulia Sdn. Bhd itu diedarkan kepada pengunjung dan para perwakilan UMNO yang menghadiri PAU 2024.
Edaran akhbar secara percuma itu merupakan satu inisiatif dan kerjasama dengan UMNO bagi menggalakkan orang ramai untuk membaca surat khabar. – KOSMO! ONLINE