fbpx

[VIDEO] Kepala air Ulu Slim: Risda giat bantu mangsa terkandas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba memindahkan mangsa di Risda Eco Park, Tanjung Malim hari ini. - Foto IHSAN JBPM

IPOH – Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) dengan bantuan pelbagai pihak termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini giat melaksanakan tindakan bagi menyelamatkan 19 mangsa yang terkandas di Risda Eco Park.

Risda dalam kenyataannya berkata, keperluan asas seperti makanan, minuman dan alat komunikasi telah pun dihantar ke lokasi dengan bantuan pihak berkuasa semenjak malam semalam.

“Petugas bagi menyelaras keadaan turut ditempatkan bagi memastikan mangsa dalam keadaan stabil.

“Setakat ini, mangsa kejadian berada dalam keadaan selamat dan ditempatkan di tempat penginapan yang terletak di lokasi selamat dan jauh daripada kawasan yang terjejas,” katanya hari ini.

Insiden kepala air di Kampung Ulu Slim, Slim River di sini semalam telah menyebabkan seramai 19 orang termasuk 6 kanak-kanak dan dua bayi terperangkap semasa menginap dan berkhemah di tapak rekreasi
Risda Eco Park.

Kejadian dipercayai berpunca daripada empangan pecah berhampiran Stesen Janakuasa Hidro Sungai Slim pada petang semalam yang turut menjejaskan beberapa kampung di sekitar kawasan Kampung Sungai Bil, Slim River.

Tambahnya , pihak bomba dan agensi lain kini sedang memantau situasi semasa keadaan sungai dan menunggu keadaan air pulih untuk masuk ke tapak tersebut bagi mengeluarkan mangsa yang terjejas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI