fbpx

[VIDEO] Kekal tenang, Ira Kaza ‘belanja’ lagu A Thousand Years

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IRA Kazar tetap aktif bekerja macam biasa biarpun kes perceraiannya dengan Syamsul masih kecoh diperkatakan.

PETALING JAYA – Tidak bersembunyi apatah lagu berkurung, pelakon Ira Kaza masih meneruskan kerja penggambaran seperti biasa biarpun kes perceraianya dengan pengarah sensasi, Syamsul Yusof sedang hangat diperkatakan.

Ira atau nama sebenarnya Faghirah Fatini Kazaruddin, 24, dilihat menjayakan sesi fotografi untuk kempen tudung milik syarikat usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri.

Pada sesi tersebut, Ira bergandingan dengan pelakon Zarina Zainuddin yang turut kelihatan mempromosikan beg tangan.

Istimewanya, anak kepada pelakon Kazaruddin Saisi itu sempat  menghadiahkan ‘suara emas’nya membawakan lagu Christina Perri berjudul A Thousand Years.

Lagu yang dilancarkan pada 2011 itu antara dendangan latar dalam The Twilight Saga: Breaking Dawn, Part 1: The Score iaitu babak perkahwinan dalam filem tersebut.

Biar hanya membawakan beberapa rangkap lagu itu, hakikatnya Ira mempunyai vokal dan ton yang bagus.

Menerusi beberapa video yang dikongsikan sendiri dalam InstaStorynya, dia tetap ceria bagai tidak berdepan sebarang masalah.

Pada 19 Ogos lalu Syamsul mencetuskan kejutan apabila memfailkan perceraian terhadap Ira di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor atas alasan tiada persefahaman. Kes tersebut akan didengar di mahkamah sama pada 27 Ogos ini.

Terdahulu, pasangan terbabit bernikah di selatan Thailand dengan berwalikan bapa Ira pada 6 Januari 2023. – KOSMO! ONLINE

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HIBGLAM (@hibglam.com.my)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI