fbpx

Justin Bieber dah jadi bapa, selamat datang Jack Blues Bieber!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SELEPAS enam tahun berkahwin, penyanyi pop dunia, Justin Bieber kini memasuki lembaran baharu kehidupan apabila isterinya, Hailey selamat melahirkan anak sulung mereka.

Khabar gembira tersebut dikongsi sendiri personaliti popular berusia 30 tahun yang turut mengumumkan nama anak lelakinya sebagai Jack Blues Bieber.

“Selamat pulang ke rumah. Jack Blues Bieber,” katanya menerusi hantaran dalam Instagramnya pagi tadi.

Dalam perkongsian sama, pelantun lagu Baby itu turut menunjukkan foto bahagian kaki puteranya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat seluruh dunia mengucapkan ucapan tahniah kepada pasangan berkenaan.

“Justin Bieber dah jadi bapa, saya tumpang gembira,” tulis seorang peminat.

“Tahniah! Sangat gembira buat kamu berdua,” kata pengguna media sosial lain.

“Mesti kacak seperti bapa dia! Tahniah Justin dan Hailey,” luah netizen.

Pada 9 Mei lalu, pasangan terbabit berkongsi berita kehamilan menerusi Instagram bersama video mereka memperbaharui ikrar perkahwinan.

Penerima anugerah Grammy itu sememangnya teruja untuk memulakan keluarga sejak mereka mengikat pertunangan pada 2018.

Justin dan Hailey berkahwin pada September 2018 di New York, Amerika Syarikat iaitu selepas dua bulan bertunang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI