fbpx

JKNS siasat isu wanita bersalin ngeri di hospital kerajaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) menyiasat isu dakwaan seorang wanita berpengalaman ngeri menjalani pembedahan bersalin di sebuah hospital kerajaan.

Jabatan itu memaklumkan perkara itu tular menerusi video bertajuk ‘pengalaman bersalin czer di hospital kerajaan paling ngeri 2024’ di aplikasi TikTok.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi meneliti pengurusan pesakit itu sepanjang tempoh rawatan di hospital tersebut.

“Pihak hospital akan menghubungi pemilik akaun TikTok itu bagi mengaturkan sesi pertemuan dengan pesakit dalam masa terdekat,” katanya hari ini.

Tambah JKNS, orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi dan memberi ruang kepada hospital bagi melengkapkan siasatan. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI