TANJUNG MALIM – Hujan lebat sejak petang tadi menyebabkan berlakunya kejadian jalan runtuh di Jalan Slim River – Behrang Ulu, Slim River di sini hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, bencana itu melibatkan jalan sepanjang empat meter yang menyebabkan akses penduduk sekitar terjejas.
“Kejadian dipercayai berlaku pada pukul 8 malam tadi yang menyebabkan laluan ditutup demi keselamatan orang awam,” katanya di sini hari ini.
Pihak polis dan bomba bergegas ke lokasi kejadian bagi keadaan semasa.
Difahamkan setakat ini, tiada laporan kemalangan atau kehilangan jiwa dilaporkan. – KOSMO! ONLINE