PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) melaporkan keadaan hujan dan ribut petir sedang berlaku di beberapa negeri pada pagi ini.
MetMalaysia dalam laporan cuacanya hari ini berkata, di Semenanjung ribut petir berlaku di beberapa tempat di Perlis dan Kedah pada pagi ini.
Selain itu, ribut petir turut berlaku di beberapa tempat di kawasan pantai di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.
Sementara itu, keadaan hujan juga sedang berlaku di beberapa tempat di Perak.
Bagi keadaan cuaca di Sabah, hujan dilaporkan berlaku di beberapa tempat di Pedalaman, Pantai Barat, Tawau, Kudat dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Di Sarawak pula, dilaporkan keadaan hujan kini sedang berlaku di beberapa tempat iaitu di Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Kapit dan Miri. – KOSMO! ONLINE