fbpx

Gangguan bekalan air di Sabak Bernam akibat aliran kepala air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SABAK BERNAM – Lebih 150 kawasan di daerah ini akan mengalami gangguan bekalan air susulan aliran kepala air di Sungai Bernam.

Keadaan itu menyebabkan kekeruhan air mentah tinggi dan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Bernam terpaksa dihenti tugas hari ini.

Gangguan air tidak berjadual itu antara melibatkan sekitar Sungai Air Tawar dan Sungai Besar termasuk kawasan kampung serta taman perumahan selain kawasan Felda Gedangsa di Hulu Selangor.

Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) memaklumkan bantuan alternatif menerusi lori tangki akan digerakkan kepada pengguna terutama premis-premis kritikal.

“Kami sedang mengambil segala usaha bagi meminimumkan impak gangguan kepada pengguna terjejas.

“Pengguna boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai gangguan bekalan air tidak berjadual ini dari semasa ke semasa menerusi saluran komunikasi rasmi Air Selangor,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI