KUALA LUMPUR – Situasi di sekitar Stadium Nasional, Bukit Jalil masih terkawal meskipun dipenuhi penyokong pasukan Selangor FC dan Johor Darul Ta’zim (JDT) sempena perlawanan akhir Piala FA, seawal pukul 2 petang tadi.
Tinjauan Kosmo! mendapati situasi masih dalam keadaan terkawal dengan kekerapan rondaan yang tinggi dilakukan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengawal keadaan semasa.
Dalam pada itu, majoriti penyokong pasukan Johor Darul Takzim (JDT) sudah mula memenuhi barisan ke pintu masuk stadium seawal pukul 3 petang.
Difahamkan, pintu masuk tersebut dijangka dibuka buat penyokong menyaksikan perlawanan Final Piala FA bermula pada pukul 5 petang.
Setakat ini, tiada provokasi antara kedua-kedua penyokong dan situasi masih lagi dalam keadaan terkawal.-KOSMO! ONLINE.