fbpx

Final Piala FA: JDT kecewakan Selangor FC, mendahului 2-0

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain-pemain JDT, meraikan jaringan pada perlawanan akhir Piala FA 2024 antara JDT menentang Selangor, di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini hari ini. Foto SHIDDIEQIIN ZON/KOSMO!

KUALA LUMPUR – Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) menepati ramalan apabila mudah mendahului aksi final Piala FA 2024 dengan mendahului 2-0 ke atas Selangor.

Pada aksi di Stadium Nasional Bukit Jalil itu, skuad Gergasi Merah dilihat tampil garang pada awal permainan dengan meraih beberapa percubaan daripada pemain import, Ronnie Fernandez.

Namun, JDT berjaya menyerap tekanan dengan meraih gol pembukaan hasil sepakan percuma Juan Muniz pada minit ke-25.

Tersentak dengan gol tersebut, skuad Selangor kendalian Nidzam Jamil berusaha untuk bangkit dengan mencari gol penyamaan.

Namun, JDT berjaya menggandakan kelebihan hasil tandukan pemain sensasi, Arif Aiman Hanapi pada minit ke-42 sekali gus menyaksikan Harimau Selatan selesa mendahului pada babak pertama. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI