fbpx

EPL: Arsenal mahu hapus badi kekalahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARSENAL tewas dalam kedua-dua pertemuan menentang Villa musim lalu sehingga menjejaskan peluang mereka menjulang kejuaraan EPL. - AFP

LONDON – Tonggak pertahanan Arsenal, Ben White optimis pasukan sudah bersedia untuk menghapuskan ‘badi’ kekalahan kepada Aston Villa menjelang pertemuan kedua-dua pasukan pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi ini.

Sebagai rekod, The Gunners sering dilihat ‘mati akal’ ketika bertemu skuad kendalian Unai Emery itu apabila tewas kedua-dua perlawanan sekali gus meranapkan impian pasukan untuk menjulang trofi EPL musim lalu.

Kata White, pasukan sudah melupakan kekalahan lepas dan belajar daripada kesilapan agar dapat meraih tiga mata maksimum meskipun beraksi di gelanggang keramat lawan nanti.

“Saya harap rakan-rakan sepasukan dapat lebih bersedia pada perlawanan kali ini sekali gus meneruskan momentum kemenangan pada peringkat awal musim. Kami perlu kekal agresif sejurus wisel ditiupkan dengan pertahanan harus beri sepenuh perhatian.

“Secara peribadi, saya rasa ini adalah perlawanan yang besar dan kedua-dua pasukan enggan keciciran mata. Kami tidak mahu lagi dibayangi kekalahan lepas dan harus menyudahkan setiap peluang tercipta nanti,” katanya.

Sementara itu, White percaya skuad Arsenal kali ini memiliki ramuan untuk bergelar juara EPL buat kali pertama dalam tempoh 20 tahun sekiranya mempamerkan prestasi konsisten sepanjang musim.

“Saya rasa kita perlukan aksi yang sempurna jika mahu bergelar juara EPL. Apa yang Manchester City lakukan untuk bergelar juara empat tahun berturut-turut sesuatu yang luar biasa tetapi kita memiliki keupayaan mencabar mereka,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI