fbpx

Dajal itu mereka – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid ketika melakukan sesi walkabout ke Program Eksplorasi TVET sempena Perhimpunan Agung Umno 2024 di WTC hari ini. Foto FARIZ RUSADIO/KOSMO!

KUALA LUMPUR – “Yang dajal itu adalah mereka (Pas)”. Demikian kata Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika ditemui pada Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menggelar parti itu sebagai dajal.

Sebelum ini, Abdul Hadi mendakwa UMNO bersama Pakatan Harapan (PH) meneruskan prinsip dan konsep kebendaan menjadi agenda yang utama bagi menegakkan dan mempertahankan kerajaan.

Ahli Parlimen Marang itu mendakwa, ia digunakan sebagai senjata dengan cara yang lebih daripada dajal.

Sementara itu, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan bagaimanapun tidak menyangah perkara tersebut dan menyifatkan beliau tidak sealim Abdul Hadi.

“Itu pandangan beliau. Jadi terpulang kalau nak kami ini dajal, dajal lah kami. Kami pun boleh panggil seseorang itu dajal tapi kami tidak sebegitu.

“Kita tidak mahu perpecahan dalam kalangan rakyat Malaysia khususnya orang Melayu bertambah lagi,” katanya ketika ditemui pemberita di Laman Media – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI