JAKARTA – Seorang kanak-kanak di Indonesia mengundang perhatian orang ramai selepas menampal sendiri jalan yang berlopak di hadapan rumahnya, lapor saluran berita Abatanews.
Menerusi rakaman yang dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @bimprtmchya, budak berbaju biru itu dilihat membancuh simen dan pasir.
Dia kemudian menuangkan dan meratakan campuran semen itu pada lubang-lubang di atas jalan.
Lebih menarik, dia meletakkan kerusi kayu dan sebatang bambu di sekelilingnya sebagai penanda untuk lalu lintas.
Rakaman itu menjadi tular di media sosial dan meraih lebih 737,900 tontonan bersama 52,000 tanda suka.
“Budak ini lebih peka daripada pemerintah,” sindir seorang netizen.
“Ini budak yang harus dijadikan contoh,” kata netizen lain. – AGENSI