fbpx

Betul ke Melayu perlu UMNO atau UMNO perlu Melayu?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Johari berucap pada penggulungan Perhimpunan Agung UMNO 2024 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur di sini, hari ini. Foto oleh FARIZ RUSADIO/ KOSMO!

KUALA LUMPUR – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani menjelaskan selepas 60 tahun memerintah negara sejak Malaysia merdeka, ‘bahasa’ orang Melayu memerlukan UMNO tetapi kali ini, UMNO pula memerlukan orang Melayu.

Ahli Parlimen Titiwangsa itu berkata, kenapa beliau berkata demikian kerana jika UMNO memerlukan pemikiran seperti ini barulah parti terbesar Melayu itu akan menjaga bangsa tersebut dengan sebaik-baiknya, sebab UMNO yang memerlukan Melayu.

“Kenapa saya berkata begitu kerana kita tengok, di Kelantan hanya dua kerusi sahaja yang kita dapat daripada 45 kerusi, di Terengganu kita ada kosong daripada 34 kerusi, di Kedah juga kita ada kosong kerusi daripada 36, juga di Perlis kita tiada kerusi dan juga hanya dua kerusi di Selangor.

“Kawasan-kawasan ini memang ramai Melayu, kalau betul Melayu memerlukan UMNO kenapa kerusi-kerusi di kawasan ini kita dapat kosong kerusi? Itu yang saya katakan ketika ini kita yang memerlukan Melayu dan kita perlu jaga mereka,” katanya ketika Ucapan Penggulungan di Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2024 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini.

Tambah Johari, orang Melayu ketika ini bukan calang-calang, selepas 60 tahun memerintah, selepas UMNO membangunkan ekonomi negara yang mana ketika ini telah mencecah 1.5 trilion saiz ekonomi selama memerintah.

“Selagi kita berfikiran dengan cara yang sama, kita tidak akan berubah kerana politik bergerak secara dinamik yang berubah-ubah. UMNO juga mempunyai dinamiknya,” katanya.

Mengulas lanjut, ketika PRU11 undi popular UMNO bersama komponan Barisan Nasional (BN) ketika itu sebanyak 63 peratus dan menang 188 kemudian pada PRU12 undi popular pula jatuh kepada 50 peratus dengan kemenangan kerusi sebanyak 140.

“Kemudian pada PRU13 daripada 50 peratus undi popular kita jatuh pula kepada 47 jatuh dengan kemenangan 130 kerusi, PRU14 pula jatuh kepada 33 peratus 79 kerusi sahaja dan paling teruk pada PRU15, bukan setakat undi popular kita jatuh, malah beberapa kerajaan negeri juga kita banyak kalah.

“Untuk dominan semula UMNO perlu satu tanggungjawab yang besar, bukan hanya di bahu Presiden malah ia mesti diletakkan di bahu 191 Ketua Bahagian, 22,000 cawangan termasuk kepada semua barisan Ahli Malis Tertinggi (MKT) UMNO,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI