fbpx

Bekalan air kawasan terjejas di Tanjung Malim pulih mulai esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Nizar pada sidang akhbar selepas meninjau keadaan Jambatan Slim Village di Slim River sekitar petang tadi yang runtuh akibat kepala air susulan hujan lebat berterusan semalam, Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA/KOSMO!

TANJUNG MALIM – Masalah bekalan air kawasan yang terjejas ekoran kejadian kepala air dan empangan pecah di sini akan pulih sepenuhnya secara berperingkat mulai esok.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, beliau optimis dengan sasaran itu berdasarkan gerak kerja secara giat oleh Lembaga Air Perak (LAP) menggantikan paip air yang rosak ekoran bencana berskala tinggi yang tidak dijangka tersebut.

“Kejadian kepala air ini merupakan yang paling besar dalam sejarah Slim River. Semalam, LAP telah mengagihkan enam lori tangki air di kawasan tinggi yang terjejas.

“Setakat ini 40 peratus bekalan air telah pulih dan kawasan yang teruk terjejas ialah di Ulu Slim,” katanya ketika meninjau Jambatan Slim Village yang runtuh ekoran bencana itu petang tadi.

Dalam pada itu, Lih Kang berkata, beliau akan memastikan kebajikan mangsa dan rakyat terjejas banjir akan menjadi keutamaannya selain memastikan infrastuktur asas yang terjejas dapat dibaiki dengan sepenuhnya segera. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI