fbpx

AmBank luluskan dana RM228 juta untuk projek CPI Land

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Christopher Yap (kiri) bersama dan Chung Shan Tat (kanan) pada majlis pemeteraian perjanjian antara Ambank dengan CPI Land di Kuala Lumpur baru-baru ini.

PETALING JAYA- CPI Land melalui anak syarikatnya TNJ Development Sdn Bhd (TNJ Development) telah mendapat kelulusan kemudahan pembiayaan berjumlah RM228 juta daripada Kumpulan Ambank untuk membiayai sebahagian kos pembangunan bagi tiga projek hartanah terbaharu mereka di Kuala Lumpur.

Projek tersebut termasuk Tuan Heritag3 yang terletak di Segambut, di jangka siap menjelang suku keempat tahun 2028 serta dua projek hartanah akan datang di Bukit Permata dan Selayang Mulia yang mana masing-masing dimiliki oleh anak syarikat CPI Mulia Sdn Bhd dan CPI Asset Sdn Bhd.

Pengarah Urusan Perbankan Perniagaan Kumpulan Ambank, Christopher Yap berkata, pihaknya berbesar hati untuk menyokong CPI Land dalam usaha syarikat itu untuk terus berkembang dalam pasaran hartanah.

“Selain daripada tiga projek baharu yang kami biayai, kami berharap dapat meneruskan kerjasama ini pada masa hadapan dan bekerja bersama pelanggan yang berkongsi matlamat yang sama dengan kami dalam mencapai impak sosial.

“kami juga menantikan kejayaan bersama dalam membentuk masa depan yang lebih mampan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Sementara itu, Pengerusi CPI Land, Chung Shan Tat berkata, CPI Land sangat teruja atas kerjasama tersebut yang menandakan permulaan yang positif untuk kedua-kedua pihak.

“Kami percaya bahawa ini bukan sahaja akan mengukuhkan hubungan kerja kami, tetapi turut membuka peluang untuk pertumbuhan dan inovasi yang signifikan dalam pasaran hartanah.

“kami juga bercita-cita untuk memanfaatkan kepakaran bersama kami dalam memberikan hasil yang cemerlang dan mencipta nilai yang berkekalan untuk pembeli dan komuniti,” jelasnya.

Shan Tat berkata, projek baharu  yang telah mendapat kelulusan itu adalah yang keenam yang telah dibiayai oleh Kumpulan Ambank.

Tambah beliau, sehingga kini, CPI Land telah melancarkan lapan pembangunan di Lembah Klang dengan Nilai Pembangunan Kasar (GDV) hampir RM2.2 bilion.

“Kami bangga dengan rekod kejayaan kami dalam melancarkan pelbagai projek yang telah menetapkan semula standard kualiti dan kemampuan milik dalam sektor perumahan,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI