fbpx

Amaran ribut petir hampir seluruh negara petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di hampir seluruh negara petang ini.

MetMalaysia dalam hantaran berkata, amaran itu dikeluarkan susulan ribut petir, hujan lebat beserta angin kencang yang dijangka melanda beberapa daerah sehingga 6 petang nanti.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Kedah melibatkan daerah Langkawi, Kota Setar, Yan, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

“Sementara itu di Pulau Pinang, keadaan sama dijangka melanda Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan,” katanya di sini hari ini.

Selain itu, cuaca sama juga dijangka berlaku di Perak melibatkan daerah Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar dan Batang Padang.

“Hujan lebat juga boleh berlaku di Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang di Kelantan manakala di Terengganu daerah yang dikenakan amaran sama ialah di Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu dan Kuala Terengganu.

“Sementara itu, cuaca sama juga berlaku di Pahang iaitu di Tanah Tinggi Cameron dan Rompin,” katanya.

Amaran ribut petir juga dikeluarkan bagi daerah Gombak, Petaling dan Hulu Langat di Selangor dan seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

“Di Negeri Sembilan, amaran ribut petir dikenakan bagi daerah Jelebu, Jempol dan Tampin manakala keadaan sama juga dilaporkan berlaku di seluruh negeri Melaka.

“Sementara itu, cuaca buruk juga berlaku di Johor iaitu di daerah Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang dan Mersing,” ujarnya.

Bagi cuaca di Sarawak, hujan lebat berserta angin kencang dilaporkan berlaku di Kuching, Serian, Samarahan (Samarahan dan Asajaya), Sarikei (Pakan, Julau dan Meradong), Sibu, Mukah (Matu, Dalat dan Mukah) dan Kapit (Song).

“Di Sabah, amaran sama diberikan bagi Pedalaman (Kuala Penyu, Beaufort dan Nabawan), Tawau (Tawau dan Lahad Datu) dan Sandakan (Tongod dan Kinabatangan) sehingga 6 petang nanti,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI