fbpx

2,294 kes denggi, 3 kematian direkod

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PUTRAJAYA – Jumlah kes demam denggi bagi Minggu Epidemiologi ke-33 iaitu tempoh 11 hingga 17 Ogos lalu dilaporkan sebanyak 2,294 berbanding 2,278 kes pada minggu sebelumnya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, sebanyak tiga kematian akibat komplikasi demam denggi direkodkan oleh pihaknya bagi tempoh sama.

“Kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga Minggu Epidemiologi ke-33 adalah sebanyak 92,827 kes berbanding 75,928 kes bagi tempoh sama tahun tahun lalu.

“Terdapat 83 kematian akibat komplikasi demam denggi telah dilaporkan berbanding 54 kematian bagi tempoh sama pada tahun lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, bilangan lokaliti hotspot yang dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-33 adalah sebanyak 91 berbanding 86 lokaliti pada minggu sebelumnya.

“Dari 91 lokaliti dilaporkan, 74 lokaliti di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya (tiga), Negeri Sembilan (tiga), Perak (tiga), Kelantan (tiga), Sabah (tiga) manakala Pualau Pinang dan Kedah masing-masing satu,” katanya.

Jelas beliau, bagi survelan chikungunya pula, sebanyak dua kes direkodkan pada Minggu Epidemiologi ke-33 menjadikan jumlah kumulatif sehingga kini 66 kes dan tiada wabak dilaporkan.

Berhubung survelan zika, Dr. Muhammad Radzi berkata, sebanyak 1,721 sampel darah, sampel urin (lapan) serta sampel cairan serebrospinal (tiga) telah dijalankan saringan dan hasil kesemuanya adalah negatif. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI