fbpx

21 mangsa terperangkap di Risda Eco-Park berjaya diselamatkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seramai 21 mangsa yang terkandas di Tapak Perkemahan Eco Risda, Kampung Ulu Slim diselamatkan. -Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA / KOSMO!

TANJUNG MALIM – Kurang 24 jam, bomba berjaya menyelamatkan 21 mangsa yang terperangkap di Risda Eco-Park, Kampung Ulu Slim, Slim River di sini ekoran kejadian kepala air dan empangan pecah yang menyebabkan jambatan untuk ke pusat rekreasi terkenal itu runtuh.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata, 21 mangsa itu merangkumi 14 orang dewasa dan tujuh orang kanak-kanak termasuk dua penduduk kampung yang terperangkap sama.

“Semua mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan. Komander operasi mengarahkan anggota membuat teknik river crossing menggunakan sistem tali (highline) untuk memindahkan mangsa ke kawasan selamat.

“Mangsa diserahkan kepada pihak Eco-Park untuk tindakan selanjutnya,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, menurut seorang mangsa, Prof. Madya Dr. Ibrahim Abu Bakar berkata, beliau sekeluarga hanya sempat berkhemah kira-kira satu hingga dua minit sebelum berlakunya kejadian kepala air.

“Kejadian berlaku begitu pantas dan saya hanya berjaya selamatkan kereta namun yang lain-lain musnah dihanyutkan arus deras.

“Kami berlindung di pos pengawal dan bertahan di kem tersebut kerana jambatan telah runtuh,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI