fbpx

10 korban tanah runtuh di Phuket

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUAH kawasan yang dilanda tanah runtuh di Phuket semalam. - Foto Pusat Maklumat Phuket/Facebook

BANGKOK – Seramai 10 orang terbunuh dan lebih 50 kediaman rosak akibat tanah runtuh disebabkan hujan lebat di Phuket, kata pihak berkuasa kelmarin.

Menurut akhbar Bangkok Post yang memetik kenyataan seorang pegawai Jabatan Pencegahan dan Tebatan Bencana, hujan lebat di beberapa kawasan di pulau peranginan itu yang bermula pukul 1 pagi (waktu tempatan) kelmarin menyebabkan bencana banjir kilat dan tanah runtuh.

Kawasan paling teruk terjejas ialah di Chalong dan Karon dalam daerah Muang yang menjejaskan kira-kira 250 isi rumah, kata sumber tersebut.

Tanah runtuh besar melanda Soi Patak 2 di Karon, menyebabkan beberapa buah bangunan tertimbus termasuk sebuah vila dan tapak perkhemahan pekerja asing, tambahnya.

Setakat ini, 10 mayat telah ditemui iaitu satu pasangan warga Russia, enam pekerja Myanmar dan dua rakyat tempatan.

Kira-kira 50 buah rumah rosak dihempap ​​batu besar dan pokok tumbang, manakala 12 orang cedera di tapak itu.

Timbalan Gabenor Phuket, Srattha Thongkam berkata, lima isi rumah merangkumi seramai 25 orang telah dipindahkan.

Pasukan penyelamat melakukan pencarian di empat lokasi lain di mana orang ramai dipercayai terperangkap di bawah timbunan lumpur, katanya.

Hujan sekejap-sekejap berterusan petang kelmarin tetapi banjir di kawasan perumahan dan jalan raya kebanyakannya telah surut, kata pegawai sama. – AGEN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI