fbpx

[VIDEO] Wanita dikhuatiri tertimbus 10 meter berdekatan Masjid India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita disyaki tertimbus bawah tanah mendap dengan kedalaman lebih kurang 10 meter sekitar Masjid India.

KUALA LUMPUR – Seorang wanita warga asing disyaki tertimbus bawah tanah mendap dengan kedalaman lebih kurang 10 meter berdekatan Masjid India, di sini, pagi tadi.

Menurut sumber, wanita yang merupakan pelancong dari India itu terjatuh ketika berjalan kaki di kawasan terbabit sekitar pukul 8 pagi tadi.

Difahamkan, hari ini merupakan hari terakhir mangsa dan keluarganya bercuti di ibu negara sebelum berangkat ke negara asalnya.

Tinjauan di lokasi setakat 11.30 pagi ini mendapati pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) sedang giat melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Turut kelihatan Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintendan Nuzulan Md Din dan anggota di sekitar lokasi.

[Berita lanjut menyusul]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI