fbpx

[VIDEO] Tengku Puteri Terengganu curi tumpuan di Istiadat Berinai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Fatimatuz Zahra' ketika mengiringi keberangkatan tiba Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah.

PETALING JAYA – Kehadiran Tengku Puteri Daulath Raja Tengku Fatimatuz Zahra’ ke Istiadat Berinai di Istana Abd Aziz, Kuantan, Pahang menjadi tumpuan orang ramai.

Tengku Fatimatuz Zahra’ dilihat mengiringi keberangkatan tiba Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah.

Puteri bongsu Sultan Terengganu itu turut mengenakan busana biru muda, sedondon dengan ahli keluarga pengantin perempuan, Tengku Puteri Raja Pahang, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah.

Terdahulu, Majlis Istiadat Berinai itu dimulakan pada pukul 8.30 malam dengan keberangkatan pengantin lelaki, FD Idzham FD Iskandar ke Balai Temenggong.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah dengan pasangannya FD Idzham selamat diijabkabulkan dalam Istiadat Akad Nikah di Istana Abdulaziz semalam.

Istiadat Bersanding pula akan diadakan pada hari Ahad ini. – KOSMO! ONLINE

@tgputeri.afzan.fa Majlis Berinai🥰 #fypage #fypシ #fyp #fypシ゚viral #tengkuputeriafzan #tengkuputeriafzan #royalwedding #royalwedding #tengkuhassanal ♬ original sound – Tgputeri Afzan FANS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI