fbpx

[VIDEO] Lelaki buta, pengiring terselamat insiden lubang jerlus di Jalan Masjid India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rakaman CCTV menunjukkan wanita warga India terjatuh ke dalam tanah mendap di Jalan Masjid India pagi tadi.

PETALING JAYA – Lelaki orang kurang upaya (OKU) penglihatan bersama pengiringnya nyaris menjadi mangsa insiden terjerlus ke dalam tanah mendap di Jalan Masjid India, pagi tadi.

Menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV), kedua-dua mereka turut melalui jalan tersebut mendahului mangsa wanita warga India yang hanya berada beberapa langkah di belakang mereka.

Rakaman CCTV berdurasi 31 saat itu bermula dengan lelaki OKU penglihatan bersama pengiringnya melalui jalan itu.

Seterusnya, kelihatan seorang wanita memakai sari warna merah, manakala seorang lagi wanita yang juga mangsa di kedudukan belakang mereka.

Sebaik tiba berdekatan lokasi tanah mendap, lelaki OKU tersebut bersama pengiringnya dilihat berjalan ke sebelah kiri, manakala mangsa terus berjalan serta terjerlus ke dalam tanah mendap.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan seorang wanita warga India terjerlus ekoran tanah mendap dengan kedalaman lebih kurang 10 meter di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur pagi tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI