fbpx

[VIDEO] Dua kereta, medan selera terjejas kepala air di Langkawi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan Nissan Almera yang remuk selepas dihanyutkan arus deras akibat kepala air di kawasan kereta kabel di Langkawi, hari ini.

LANGKAWI – Dua buah kereta, medan selera dan lima kiosk antara terjejas akibat arus deras susulan kejadian kepala air di kawasan kereta kabel SkyCab Langkawi, di sini hari ini.

Pegawai Pertahanan Awam Langkawi, Kapten (PA) Khairul Afzan Md. Yasin berkata, kereta jenis Nissan Almera dihanyutkan arus deras ke dalam sungai, manakala sebuah Perodua Myvi rosak akibat limpahan air.

Katanya, arus deras kira-kira pukul 12.50 tengah hari itu berlaku berikutan limpahan sungai akibat kepala air dari sungai Air Terjun Telaga Tujuh.

“Hujan berhenti pada pukul 2 petang dan air surut sepenuhnya pada kira-kira 40 minit kemudian,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, beberapa kedai dan kiosk berdekatan rosak akibat aliran air tersebut.

“Lima kiosk, medan selera, lima kedai baju dan dua kafe didapati mengalami kerosakan disebabkan kejadian tersebut.

“Pihak polis turut membuat kawalan di laluan masuk kawasan terlibat untuk mengelakkan orang awam memasuki kawasan terbabit sehingga air surut,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI