fbpx

Ular tedung dalam mesin basuh di rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEEKOR ular tedung melingkar di dalam mesin basuh sebuah rumah di Rajasthan. - Foto X

NEW DELHI  – Seekor ular tedung sepanjang 1.52 meter ditemui di dalam mesin basuh di sebuah rumah di Rajasthan, India, lapor portal berita India Today semalam. 

Kehadiran ular  itu menimbulkan kekecohan dan membuatkan keluarga yang mendiami rumah tersebut berasa bimbang. 

Bagaimanapun, ular itu berjaya diselamatkan dan kemudiannya dilepaskan ke dalam hutan.

Insiden mengejutkan itu berlaku apabila seorang penduduk dikenali sebagai Shambhudayal pergi membasuh pakaian dalam mesin basuhnya.

Semasa membuka pintu mesin basuh untuk memasukkan pakaian, dia menemui seekor ular tedung yang bersedia untuk mematuk.

Pergerakan ular itu mengejutkan Shambhudayal yang kemudian berundur dalam keadaan takut.

Menyedari potensi bahaya, dia segera menghubungi Govind Sharma, seorang penangkap ular di kawasan itu.

Sebaik menerima panggilan itu, Sharma tiba di tempat kejadian dn menyelamatkan ular itu dan melepaskannya ke dalam hutan, jauh dari kawasan perumahan.

“Ular ini  dikeluarkan dengan teliti dari dalam mesin basuh. Selepas menyelamatkan ular ini  , saya melepaskannya ke dalam hutan, jauh dari kawasan perumahan,” kata Sharma. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI