fbpx

Tiga suspek kes gaduh mulut ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video pergaduhan yang berlaku di sebuah restoran di Jalan Tok Ungku baru-baru ini.

SEREMBAN – Tiga suspek lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes pergaduhan di sebuah restoran di Jalan Tok Ungku di sini seperti yang tular dalam video di media sosial Facebook berjaya ditahan polis semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, tiga suspek masing-masing berusia 17, 18 dan 20 tahun itu ditahan sepasukan polis pada pukul 12.40 tengah hari semalam di sekitar kawasan Seremban.

“Dengan tangkapan tiga suspek lelaki ini, pihak polis percaya telah dapat menyelesaikan kes pergaduhan tersebut.

“Suspek bekerja sebagai pekerja kedai makan selain ada yang tidak mempunyai pekerjaan tetap,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Jelas beliau, hasil soal siasat mendapati kesemua suspek mempunyai satu rekod lampau berkaitan kes gaduh.

“Kes diklasifikasikan sebagai kes mendatangkan kecederaan dan disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” katanya.

Kelmarin Kosmo! melaporkan, pergaduhan mulut berkaitan isu peribadi mengakibatkan seorang remaja lelaki cedera dipukul rakannya dalam kejadian di sebuah restoran di Jalan Tok Ungku di sini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI