fbpx

Terbuka Jepun: Sze Fei-Izzuddin wakil tunggal ke separuh akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SZE FEI (kanan) dan Izzuddin terus menggalas cabaran Malaysia apabila meneruskan kemaraan ke separuh akhir Terbuka Jepun. - AFP

KUALA LUMPUR – Beregu lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani menjadi satu-satunya wakil Malaysia yang masih beraksi pada Kejohanan Badminton Terbuka Jepun apabila meneruskan kemaraan ke separuh akhir.

Pada aksi suku akhir yang berlangsung di Yokohama Arena sebentar tadi, pasangan No.12 dunia itu mengenepikan cabaran pilihan keempat dari Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto menerusi aksi tiga set 21-16, 10-21, 21-16.

Kemenangan itu menjadi pencapaian kedua terbaik mereka musim ini selepas muncul naib juara ketika beraksi pada Kejohanan Badminton Asia (BAC) yang berlangsung di Ningbo, China April lalu.

“Kami hanya fokus pada aksi sendiri selain kondisi pasukan lawan tidak berada pada tahap terbaik. Kredit juga perlu diberikan kepada Izzuddin kerana menampilkan aksi cukup baik hari ini,” kata Sze Fei kepada BWF sejurus tamat perlawanan.

Dalam perkembangan sama, beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei gagal mengikut jejak langkah Sze Fei-Izzuddin apabila akur dengan kehebatan pilihan kedua dari China, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin selepas tewas 16-21, 18-21.

Turut tersingkir daripada kejohanan Jelajah Dunia Super 750 itu adalah beregu campuran profesional, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing apabila mengalami kekalahan tiga set 21-18, 23-25, 9-21 kepada Tang Chun Man-Tse Ying Suet dari Hong Kong.

Hasrat satu lagi beregu lelaki, Man Wei Chong-Tee Kai Wun untuk melangkah ke separuh akhir juga tidak tertunai selepas tewas mudah 15-21, 9-21 kepada juara dunia dari Korea Selatan, Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae.

Sementara itu, beregu wanita No.1 negara, Pearly Tan-M. Thinaah mengalami kekalahan keempat berturut-turut kepada pasangan China, Liu Sheng Shu-Tan Ning apabila tewas 21-17, 14-21, 10-21 dalam tempoh 61 minit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI