fbpx

Tanah runtuh: 52 penduduk Taman Bunga Raya berpindah keluar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kawasan Taman Bunga Raya yang terjejas akibat hujan lebat semalam. -Foto JBPM

KUALA LUMPUR – Seramai 52 penduduk sekitar Taman Bunga Raya, Jalan Genting Klang – Kem Wardieburn, Setapak, di sini, yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh semalam telah berpindah keluar dari kediaman mereka.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, kejadian yang berlaku kira-kira pukul 5.30 itu memaksa penghuni di 17 unit rumah teres berpindah kerana berlaku pergerakan tanah.

“Kita arahkan 17 unit rumah teres untuk kosongkan kediaman atas nasihat bomba yang mendakwa tempat itu berisiko untuk didiami.

“Seramai 52 orang termasuk 26 wanita terlibat dalam kejadian yang berpunca daripada hujan lebat hingga menyebabkan banjir di sekitar Kuala Lumpur.

“Bomba dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pagi ini buat kerja-kerja pembersihan, cuma DBKL telah tutup kiri kanan tempat kejadian menggunakan kanvas sebab semalam bomba belum memasuki kawasan tersebut.

“Kawasan itu didapati berlaku gerakan tanah sedikit tetapi tidak serius,” katanya ketika ditemui pemberita di Ibu Pejabat Daerah Dang Wangi, di sini, hari ini.

Menurut beliau, satu pusat pemindahan sementara dibuka untuk mangsa terlibat iaitu di Dewan Badminton Taman Bunga Raya.

“Ada yang duduk di situ (PPS) dan ada yang di rumah saudara serta hotel. Tiada kediaman terjejas cuma ada gerakan tanah lebih kurang dua kaki manakala keluasaannya masih belum dikenal pasti sebab keadaan gelap malam tadi.

“Pihak geologi dijangka hadir untuk pantau kawasan rumah. Keadaan kini masih terkawal.

“Semalam pun jalan itu kita tutup, pagi ini baru kita buka dan mungkin nanti pembersihan dijalankan kita akan tutup balik Jalan Genting Klang,” ujarnya.

Semalam Kosmo! melaporkan sebuah rumah di kawasan itu terjejas akibat hujan lebat

Pihak polis telah mengarahkan untuk mengosongkan rumah terbabit disebabkan terdapat pergerakan tanah. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI