fbpx

Tak teragak henti kerjasama dengan parti gabungan jika gugat Islam, Melayu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR – UMNO tidak akan teragak-agak menamatkan kerjasama politik dengan mana-mana parti jika martabat Islam dan perjuangan agenda Melayu cuba dirungkai atau dicairkan.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihaknya akan kekal dengan pendirian yang sama meskipun menjalikan kerjasama politik dengan parti lain.

“Selain perkongsian kuasa, Barisan Nasional (BN) adalah parti yang membawa suara sederhana yang menyatukan parti-parti politik berhaluan kanan dan kiri.

“Penyatuan inilah yang menjamin keindukan Islam dan Melayu terpelihara tanpa meminggirkan hak dan suara kaum-kaum lain.

“Ditakdirkan, pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kita kecundang. Model perkongsian kuasa BN cuba dilaksanakan oleh pentadbiran kerajaan pada ketika itu, tetapi tidak bertahan lama yang akhirnya menyaksikan kita melalui lima tahun dalam keadaan ketidak-stabilan,” katanya

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam ucapan dasar sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2024 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI