fbpx

Syukurlah sekurang-kurangnya ada tiang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar menara telekomunikasi yang dikongsikan di Facebook Cikgu Aben

PETALING JAYA – Seorang guru di Kampong Ruminding, Sabah memaklumkan sudah setahun menara telekomunikasi di pasang di situ tetapi sampai sekarang tidak berfungsi.

Menerusi hantaran di Facebook, lelaki itu yang dikenali sebagai Cikgu Aben memberitahu, menara tersebut sudah siap sejak tahun lepas.

“Syukur, berdiri sudah menara telekomunikasi kami di sini.

“Dari tahun lepas berdiri megah. Cuma tulah, sampai sekarang masih sekadar tiang sahaja,” tulisnya.

Meninjau ke ruangan komen, ramai juga yang mengalami nasib serupa dan ada berseloroh meminta bersyukur kerana sekurang-kurangnya sudah berdiri menara telekomunikasi di kampung itu.

“Di kampung saya di Sarawak sudah lima tahun berdiri menara tu tapi tidak berfungsi,” kata Victoria Brenden.

“Samalah di tempat saya sudah dua tahun berdiri megah tiang tu tapi tiada ‘line’,” kata Entingan Bati.

“Sekurang-kurangnya adalah nampak tiang kat situ,” seloroh Dady Igat.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI