fbpx

Sulizme Affendy sandang jawatan KP Dang Wangi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nuzulan (kiri), Azry (tengah) dan Affendy (kanan) ketika Majlis Serah Terima Tugas di IPD Dang Wangi hari ini.

KUALA LUMPUR – Jawatan Ketua Polis Daerah Dang Wangi kini disandang oleh Asisten Komisioner Sulizme Affendy Sulaiman, berkuat kuasa hari ini.

Beliau menggantikan Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintendan Nuzulan Mohd Din yang ditugaskan memangku jawatan berkenaan pada 29 Julai lalu.

Nuzulan memangku jawatan berkenaan selepas Senior Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya dilantik Ketua Penolong Pengarah (Bahagian Risikan/Operasi/Rekod) D4 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman pada 8 Julai lalu.

Sulizmie Affendy sebelum ini berkhidmat sebagai Ketua Penolong Pengarah Perisikan/ Siasatan Khas Cawangan Perisikan dan Siasatan Khas Bahagian Wildlife Crime Bureau/ Perisikan dan Siasatan Khas, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Bukit Aman.

Majlis serah terima tugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi itu disaksikan Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azry Akmar Ayob.

Azry Akmar berharap kepimpinan baharu di bawah Sulizmie Affendy itu akan mendatangkan impak yang baik untuk pasukan terutamanya kepada IPD Dang Wangi.

“Terima kasih kepada Nuzulan yang telah memikul tanggungjawab sebagai Ketua Polis Daerah dan Timbalan Ketua Polis Daerah sejak 29 Julai lalu.

“Selepas ini, tanggungjawab sebagai Ketua Polis Daerah Dang Wangi akan dipikul oleh Sulizmie Affendy.

“Dengan pengalaman dan pengetahuan yang dimiliki Sulizme Affendy, pastinya memudahkan untuk memikul amanah dan dengan cemerlang.

“Saya berharap beliau akan menjalankan tugas dengan penuh dedikasi serta menempa lebih banyak kejayaan pada masa akan datang,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI