fbpx

Sukma 2024: ‘Budak sekolah’ ceriakan kontinjen Kedah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WAKIL tunggal Kedah berjaya meraih pingat emas kategori recurve berpasukan wanita di Lapang Sasar Memanah, hari ini. UKAS

KUCHING – Keputusan Kedah ‘simpan tenaga’ dengan hanya menyertai satu acara dalam sukan memanah jadi percaturan berbaloi apabila menggondol pingat emas kategori recurve berpasukan wanita di Lapang Sasar Memanah, hari ini.

Tindakan itu menunjukkan Kedah lebih mementingkan kualiti berbanding kuantiti, menyaksikan trio ‘budak sekolah’ yang dipertaruhkan berjaya menewaskan wakil Selangor, Nur Arissa Najlah Fadzil Fairuz, Nur Ieka Hariesya Zainal Habsahli dan Tengku Aisyah Rohani Tengku Jamal Abdul Nassier 5-1.

“Selain menumpukan kepada mempertingkatkan kemahiran panahan, saya turut mementingkan keserasian dan kerjasama antara pasukan.

“Jika seorang buat salah, ketiga-tiga pemanah akan dikenakan hukuman sekali gus mengingatkan mereka jangan sekali tinggal rakan.

“Kami hadir ke Sukma (Sukan Malaysia) Sarawak dengan hanya menyertai satu acara saja dan Alhamdulillah kami mampu membawa pulang emas,”kata jurulatih memanah Kedah, Fairuz Sm Rahim.

Pingat gangsa pula milik wakil Perak, Auni Batrisya Humaira Mohamad Hamiddun, Maira Adriana Enolil Dzulfiqa Enolil serta Nur Safiyyah Zaini menerusi penentuan shoot off selepas keputusan terikat 4-4 dengan Johor. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI