fbpx

‘Suami saya sekarang ibarat bayi’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Asnisah di samping suaminya, Azhar yang terlantar selepas terlibat dalam kemalangan ketika ditemui di rumah mereka di Pekan semalam.

PEKAN – Kehidupan enam beranak di Taman Ketapang Maju di sini, berubah sekelip mata apabila ketua keluarga mereka terlantar koma selepas terbabit nahas jalan raya tahun lalu.

Ekoran kemalangan itu, sebahagian tempurung kepala Azhar Samsudin, 59, yang merupakan pembantu am dibuang menyebabkan dia kini terlantar di atas katil.

Isterinya, Asnisah Mat Din, 55, berkata, suaminya yang merupakan orang kelainan upaya fizikal terlibat nahas selepas motosikal ditunggang berlanggar kereta ketika pulang dari tempat kerja.

“Kesan hentakan kuat itu, tempurung kepala suami remuk dan berlaku pendarahan dalam otak. Apabila sesekali tersedar, dia tidak kenal orang di sekeli­lingnya termasuk ahli keluarga.

“Suami saya kini ibarat seorang bayi yang memerlukan perhatian penuh,” katanya ketika ditemui semalam.

Asnisah berkata, disebabkan kejadian itu, pendapatan keluarganya terputus kerana hanya suaminya yang bekerja. Wanita itu buntu untuk membayar sewa rumah yang tertunggak selama beberapa bulan.

Azhar juga memerlukan susu khas, suplemen, lampin pakai buang, tisu basah dan katil boleh laras untuk keselesaannya yang terlantar 24 jam. Kos bagi susu dan lampin dianggarkan RM3,000 sebulan.

Selain itu, Azhar juga perlu berulang-alik ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan dan Hospital Pekan untuk pemeriksaan berkala.

Orang ramai yang bersimpati dengan keluarga Asnisah boleh menghubungi wanita itu di talian 011-65175194 atau menyalurkan sumbangan ke akaun Bank Simpanan Nasional bernombor 0600241100012491.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI