fbpx

STR masuk akaun Khamis minggu depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Seramai lapan juta penerima Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3 akan menerima bayaran masing-masing sehingga RM650 mulai 29 Ogos ini.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan berkata, STR itu melibatkan dana RM10 bilion yang memanfaatkan penerima meliputi hampir 60 peratus penduduk dewasa Malaysia.

“Penerima baharu dan rayuan pula akan menerima STR mulai 18 September.

“Ia mencerminkan komitemen kerajaan Madani untuk membantu meringankan cabaran kos sara hidup rakyat terutamanya bagi keluarga B40 dan M40,” kata kenyataan itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI