fbpx

Shah Firdaus sanggup pikul tugas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHAH FIRDAUS mengakui sudah bersedia untuk menyambung legasi berbasikal trek negara yang ditinggalkan oleh Azizulhasni.

PELUMBA berbasikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom mengakui bahawa dia telah bersedia untuk mengambil alih ‘baton’ dari Datuk Azizulhasni Awang untuk mengemudi pasukan tersebut pada masa akan datang.

Tegas Shah, tiada sebarang tekanan akan dipikulnya kerana dia telah melatih dirinya sejak awal lagi beraksi tanpa kelibat pemenang pingat perak Olimpik Tokyo 2020 tersebut sewaktu turun berjuang di Sukan Komanwel 2022 (Birmingham) dan juga Sukan Asia Hangzhou.

Ketika ini, skuad berbasikal trek negara belum dapat kepastian mengenai perjalanan Azizulhasni sama ada ingin meneruskan perjuangan memburu emas hingga ke Olimpik Los Angeles 2028 atau kekal dengan keputusan untuk bersara.

“Sebenarnya, saya sudah melatih diri sejak awal lagi untuk menghadapi situasi ini kerana sewaktu penampilan saya di Sukan Asia dan Sukan Komanwel 20222, Azizul tidak bersama kami dan saya memikul tanggungjawab tersebut dalam acara berbasikal trek.

“Alhamdulillah, saya sentiasa berjaya membawa pulang pingat di Sukan Komanwel dan Sukan Asia, walaupun ketika itu mungkin belum rezeki saya untuk membawa pulang pingat emas.

“Ketika ini, saya tidak merasakan sebarang tekanan kerana bagi saya ini adalah tanggungjawab yang harus diambil. Azizul telah meletakkan sukan berbasikal ini pada tahap yang tinggi dan saya yakin dengan kemampuan saya untuk memikul

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI