fbpx

Seremban bakal berubah wajah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTHONY Loke Siew Fook menandatangani plak perasmian terowong pejalan kaki Sungai Ujong. -Foto NOR SHAFAWATI YUP / KOSMO!

SEREMBAN – Perbadanan Aset Keretapi (RAC) akan membangunkan projek pembangunan bercampur di tanah seluas 40 ekar (16 hektar) di tengah bandaraya ini dalam tempoh lima hingga lapan tahun.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, pembangunan bercampur di atas tanah yang terletak belakang Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Seremban dijangka bakal mengubah wajah bandaraya Seremban.

“Empat cadangan telah diusulkan oleh syarikat pemaju besar dan terkemuka yang berpengalaman dalam membangunkan pembangunan bercampur di seluruh negara termasuk di Kuala Lumpur dan Johor Bahru.

“Ini merupakan satu pembangunan yang sangat menarik, sudah tentu kita mengharapkan pihak Majlis Bandaraya Seremban (MBS) nanti boleh meluluskan pelan merancang melalui usul cadangan yang telah diperoleh,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan wajah baharu terowong pejalan kaki Sungai Ujong di sini.

Menurut Siew Fook, kita mahu mengekalkan identiti bandaraya lama Seremban dalam masa sama menyuntik anjakan pembangunan moden. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI