fbpx

‘Saya, Rich masih bersama, tipulah kalau tiada masalah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VELVET menafikan gosip perceraiannya dengan Rich.

KUALA LUMPUR – Penyanyi Velvet Aduk menyangkal dakwaan hubungan dengan suaminya, Rich yang merupakan vokalis kumpulan Estranged sudah berakhir dengan perceraian susulan lama tiada perkongsian bersama dalam media sosial.

Menurut Velvet atau nama lengkapnya Velvet Lawrence Aduk, 37, dia lebih selesa untuk tidak berkongsi tentang kehidupan peribadinya kepada umum.

“Saya dan Rich masih bersama. Tipulah kalau saya kata kami langsung tiada masalah.

“Bila kita tidak kongsi tentang suami atau anak dalam media sosial orang akan mula membuat spekulasi. Sedangkan saya kini lebih suka simpan sendiri kehidupan peribadi.

“Semakin meningkat usia, saya rasa media sosial hanyalah platform untuk saya berkongsi tentang kerja,” katanya ketika ditemui di sidang media Konsert Sounds Of Borneo, di sini, semalam.

Ditanya adakah dia sedar orang mula bercakap tentang status perkahwinannya, kata bintang kelahiran Akademi Fantasia musim keempat ini ada orang yang terus bertanya kepadanya.

“Mereka terus tanya saya sama ada dan Rich masih bersama. Saya beritahu mereka sudah tentu,” katanya sambil ketawa.

Velvet dan Rich Gimbang, 42, berkahwin pada Disember 2008 dan telah dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Joshua, 15, Caroline, 13, Keanu, 10 dan Denika, 7.

Bercakap tentang kerjaya seni, terbaharu Velvet bakal membuat kemunculan dalam Konsert Sounds Of Borneo anjuran Dewan Filharmonik Petronas (DFP) yang akan berlangsung pada 7 September depan.

Selain Velvet, rakan duetnya Marsha dan penyanyi kelahiran Sarawak, Alena Murang antara yang akan membuat persembahan dalam konsert tersebut.

“Saya sebenarnya tidak sangka diundang oleh DFP untuk mengadakan konsert ini.

“Mengimbas semula memori sewaktu saya dan Marsha mahu mengeluarkan lagu duet bertemakan Sabah, banyak kenangan pahit dan manis yang kami tempuhi.

“Ketika itu kami sama-sama korek tabung untuk terbitkan sendiri lagu-lagu kami. Kami buat atas dasar cintakan muzik. Tak sangka lagu Sumandak Sabah menjadi viral. Dan hari ini selepas beberapa tahun siapa sangka kami akan membuat konsert di lokasi yang sangat berprestij seperti DFP,” kongsinya. KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI