fbpx

Ribut nak cerai reda, Shuk, Fara umrah bersama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SELEPAS kecoh mahu berantakan, Shuk dan Fara kini sama-sama menunaikan umrah.

PETALING JAYA – Dua minggu selepas kecoh berantakan, mengamuk menyesal berkahwin dan mahu diceraikan, hubungan pelawak Shuk Sahar dan isteri, Fara Salleh kelihatan kembali jernih apabila kedua-duanya dilihat mengerjakan umrah bersama. 

Perkara tersebut dikongsikan menerusi hantaran Fara dalam Instagram menzahirkan kesyukuran menjadi tetamu Allah dengan suami tercinta.

“Alhamdulillah diizinkan Allah,” tulisnya ringkas.

Dalam foto yang dimuat naik dalam Instagramnya, wanita itu dilihat bergambar bersama Shuk di hadapan Masjid Nabawi. Foto yang sama turut dikongsikan Shuk dalam Instagramnya, 

Sebelum hantaran tersebut dimuat naik, Fara turut memuat naik InstaStory menunjukkan gambar pasport yang tertera namanya dan bekas peserta Raja Lawak itu dengan kapsyen bertulis, ‘healing’. 

Rata-rata mendoakan hubungan pasangan ini menemui jalan penyelesaian selain berharap mereka kekal sebagai suami isteri dan tidak besarkan isu pergaduhan sampai ke media sosial. 

“Semoga kalian berdoa terus dilimpahi rasa kasih dan cinta dengan rahmat Allah,” kata pengikut. 

“Selepas ini, kalau gaduh dalam kain simpanlah berdua, jangan muat naik dalam media sosial. Bila dah macam-macam keluar dari mulut perempuan, tiba-tiba berbaik tak ke aib jadinya,” ujar netizen. 

“Isteri kena belajar bersabar dalam emosi, jaga air muka suami. Dah berumah tangga baik buruk semua kena simpan sendiri,” nasihat peminat. 

Minggu lalu, Fara mengejutkan ramai apabila menyatakan kekesalan terhadap institusi perkahwinan seolah-olah memberi bayangan mengenai keberantakan rumah tangganya dengan Shuk yang belum pun cecah  setahun. 

Sebelum ini, Shuk mendedahkan dirinya sudah berkahwin kali kedua pada November tahun lalu, namun mengambil pendekatan mengunci mulut tentang perkahwinan dengan Fara itu atas alasan belum masa untuk menguar-uarkan.

Sebelum bersama Fara, Shuk pernah mendirikan rumah tangga dengan Rossa Sera pada 2015 tetapi bercerai pada 22 Mac 2023.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 8, dan Nur Assyifatu Aimi, 5 tahun. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI