fbpx

Rampas 35 tan sisa plastik dari benua Amerika

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anis Rizana menunjukkan kontena berisi sisa plastik yang ditahan pihaknya. - Foto oleh AFIQ RAZALI / KOSMO!

KLANG – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya mematahkan penyeludupan 35 tan sisa plastik di Pelabuhan Barat, awal bulan ini.

Rampasan sisa dari benua Amerika itu dilakukan hasil pemeriksaan dan sitaan dua buah kontena pada 2 Ogos lalu.

Ketua Pengarah Kastam, Datuk Anis Rizana Mohd. Zainudin berkata, modus operandi sindiket adalah membuat pengikraran palsu sebagai HDPE Lump bagi mengelak keperluan penggunaan permit import.

Menurut beliau, kontena-kontena tersebut tiba di Pelabuhan Klang pada 23 Julai lalu.

“Kesemua nilai plastik sampah itu dianggarkan RM91, 000 termasuk cukai.

“Siasatan masih dijalankan untuk kenal pasti dalang pengimportan sisa plastik ini bagi tindakan mengikut Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam 1967,” katanya pada sidang akhbar di Wisma Kastam Selangor di Pulau Indah, hari ini.

Beliau mempercayai sisa tersebut akan di kitar semula yang akan dijadikan sebagai bahan plastik.

Justeru, Anis Rizana menjelaskan pihaknya sedang mengenalpasti lokasi bagi penghantaran kontena sisa tersebut.

“Kita akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha membanteras aktiviti penyeludupan dan pemprosesan sisa kitar semula ini.

“Pada tahun ini, lebih 10 kes direkodkan membabitkan penyeludupan sisa plastik serta sampah elektronik (e-waste) bagi Kastam Zon Tengah,” katanya.

Beliau menegaskan, pihaknya akan terus mengekang penyeludupan tersebut bagi mengelakkan negara menjadi tempat pembuangan sampah. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI