fbpx

Pesta ‘clubbing’ di hadapan masjid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan sekumpulan remaja yang berjoget di hadapan Masjid Agung Ummul Quraa di Sengkang. - Tribunnews

JAKARTA – Perbuatan sekumpulan remaja berjoget di pesta ‘clubbing’ yang diadakan di hadapan sebuah masjid di Sengkang, wilayah Sulawesi Selatan mengundang kecaman orang ramai, lapor saluran berita Tribunnews semalam. 

Kejadian berlaku berhampiran Masjid Agung Ummul Quraa pada Jumaat lalu.

Menerusi rakaman video yang dimuat naik dalam aplikasi WhatsApp, beberapa gadis dilihat selamba berjoget sambil mengenakan pakaian ketat. 

Bahkan ada antara mereka memakai fesyen seluar ‘koyak’ sehingga menampakkan peha.

Peserta-peserta lelaki juga seronok menari tanpa rasa malu. 

“Ini parah, kenapa acara joget harus dilakukan di hadapan Masjid Agung Sengkang,” demikian menurut keterangan video itu. 

Rakaman itu menjadi tular dan menimbulkan kemarahan orang ramai kerana dianggap tidak menghormati agama Islam. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI