fbpx

Perlu pemimpin baharu tarik kepercayaan pengundi luar UMNO – Johari Ghani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Johari pada Perasmian Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2024 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, hari ini. Foto oleh SYAKIR RADIN/ KOSMO!

KUALA LUMPUR – UMNO digesa melahirkan lebih ramai pemimpin wajah baharu dalam kerjasama politik untuk meningkatkan jumlah pengundi bagi melebarkan sayap parti itu.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, ia sekali gus mewujudkan kepercayaan kepada pengundi luar untuk bersama dengan parti itu bagi membangunkan negara.

“Apa yang kita perlu tekankan adalah UMNO perlu melahirkan ramai pemimpin yang boleh memberi dan mewujudkan kepercayaan kepada pengundi di luar sana kerana bukan semua ingin menyertai UMNO.

“Walaupun kita parti yang besar tetapi tidak semestinya kita boleh menjadi dominan. Oleh itu kita kena baik pulih cara kita dan boleh bekerjasama dengan parti lain untuk bangunkan semula negara ini pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Ucapan Dasar Presiden UMNO pada Perasmian Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2024 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, hari ini.

Menurut Johari, UMNO merupakan satu parti yang tidak boleh dilupakan oleh mana-mana pihak terutama dalam usaha membangunkan dan merdekakan negara meskipun pernah kalah pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.

Dalam pada itu, beliau menyeru agar UMNO mengubah pendekatan lama mereka melalui kerjasama dengan parti yang lain.

“Walau kalah macam mana pun, Presiden menekankan bahawa semua ahli UMNO perlu bangun semula dan menerima hakikat bahawa dunia hari ini, banyak negara di luar sana sudah berhadapan dengan situasi agak sukar untuk mendapat kedudukan mutlak dalam mentadbir negara.

“Maka kita terpaksa bersedia dan mengubah cara serta dinamik kita iaitu menerima hakikat bahawa kita perlu berkerjasama dengan banyak parti di luar sana memandangkan dinamik politik telah berubah,” jelasnya – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI