fbpx

Penolong pegawai perancang bandar direman bantu siasatan kes rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG kakitangan pihak berkuasa tempatan (PBT) direman empat hari di Mahkamah Majistret di sini hari ini bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah berjumlah RM2,000.

IPOH –  Seorang kakitangan pihak berkuasa tempatan (PBT) direman empat hari di Mahkamah Majistret di sini hari ini bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah berjumlah RM2,000.

Perintah reman sehingga Isnin depan terhadap lelaki berusia 51 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret S. Punitha.

Tempoh reman itu dipohon bagi membolehkan siasatan lanjut dibuat ke atas suspek mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Suspek yang juga Penolong Pegawai Perancang Bandar itu ditahan pada pukul 5.45 petang semalam, ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Perak di Bandar Meru Raya di sini.

Difahamkan, tangkapan ke atas suspek dibuat kerana dipercayai meminta dan menerima suapan daripada pemilik premis perniagaan sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan terhadapnya yang disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976.

Terdahulu, suspek yang berpakaian lokap SPRM tiba di pekarangan mahkamah sekitar pukul 10.02 pagi sebelum dibawa keluar hampir sejam kemudian.

Sementara itu, Pengarah SPRM Perak, Ahmad Sabri Mohamed ketika dihubungi mengesahkan kes berkenaan dan memberitahu siasatan lanjut sedang dijalankan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI