fbpx

Pegawai ‘gomen’ makan suap kes judi laga ayam direman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek ketika dibawa proses reman di Mahkamah Majistret George Town, hari ini.

GEORGE TOWN – Seorang pegawai penguat kuasa ditahan reman selepas disyaki meminta rasuah kira-kira RM5,000 sebagai balasan membantu menyelesaikan satu kes berkaitan judi laga ayam.

Perintah reman selama tiga hari hari bermula hari ini dikeluarkan Majistret Mohamad Azlan Basri selepas permohonan dibuat pihak SPRM di Mahkamah Majistret George Town, pagi tadi.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia dalam lingkungan 30-an telah ditahan kira-kira pukul 4 petang semalam di sekitar negeri ini.

“Siasatan awal mendapati suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut baru-baru ini semasa proses jamin pengadu bersama 12 rakan yang lain.

“Suspek dipercayai telah meminta RM500 setiap seorang di mana jumlah keseluruhan adalah RM6,500 bagaimanapun semasa tangkapan dibuat hanya menemui wang tunai kira-kira RM5,000,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Pulau Pinang, Mohd. Fuad Bee Basrah ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI